|
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang Ada banyak alasan manusia yang membuat dasar dari hakikat pernikahan, hakikat yang seperti apakah yang paling membahagiakan? cuba kita lihat... dan manakah pilihan kita??? *Jika hakikat pernikahan adalah kerana SEX, maka pasangan rajin bertengkar jika servis di kamar tidur tidak memuaskan, atau rajin hadir ke SEX party. *Jika hakikat pernikahan adalah kerana HARTA, maka pasangan bakal bubar jika bangkrup. *Jika hakikat pernikahan adalah kerana BEAUTY/BODY, maka pasangan bakal lari jika rambut beruban dan muka keripot atau badan jadi gendut. *Jika hakikat pernikahan adalah kerana ANAK, maka pasangan akan cari alasan utk pergi jika buah hati (anak) tidak hadir. *Jika hakikat pernikahan adalah kerana KEPRIBADIAN, maka pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya. *Jika hakikat pernikahan adalah kerana CINTA, hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal-hal yang lebih baik, lagi pula manusia yang dicintai pasti MATI / PERGI. *Jika hakikat pernikahan adalah kerana IBADAH kepada ALLAH, sesungguhnya ALLAH itu KEKAL dan MAHA PEMBERI HIDUP kpd makhlukNYA. Dan ALLAH mencintai hambaNYA melebihi seorang ibu mencintai bayinya. Maka tak ada alasan apapun didunia yang dapat meretakkan rumah tangga kecuali jika pasangan mendurhakai ALLAH. Maka, sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara : "Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu.. dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu." "Untungnya orang mukmin, semakin banyak masalah semakin mustajab doanya.. Tak namanya perjuangan tanpa kesulitan, namun di sebaliknya ada ketenangan.. Yang pasti kita tidak sendirian.. ALLAH tetap bersama..." |
| Leave a Comment: |